Puan Saidatul Asyikin Nordin, 37, membawa tiga anaknya, Affan Zareef, 11, Ahmad Aeril Zafrel, 10, dan Annur Jelita Zahra, 5, mendapatkan vaksin untuk Kanak-kanak di HTAA

YAKIN VAKSIN MAMPU LINDUNGI ANAK-ANAK

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 7 FEBRUARI 2022 : Ibu bapa yang membawa anak mendapatkan vaksin dos pertama di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) Pahang hari ini yakin dengan ikhtiar yang dilakukan.

Bagi kakitangan awam, Puan Saidatul Asyikin Nordin, 37, dari Indera Mahkota 15, dia dan suami Mohd Amri Abd Basid, 40, keputusan untuk mendapatkan vaksin tiga orang anak mereka adalah satu keputusan yang tepat.

Puan Radiah Abdul rahim, 46, yang turut membawa anaknya Ahmad Aqil asraaf, 12, menerima dos pertama hari ini.

“Kes yang makin meningkat kini buat saya lebih bimbang mengenai keselamatan terutamanya berkenaan kesihatan anak-anak. Ia antara perkara yang mendorong saya dan suami untuk bawa anak untuk divaksin.

“Ia adalah satu usaha untuk melindungi keluarga kami malah anak-anak pun teruja untuk terima vaksin. Jadi sepatutnya tiada kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap usaha yang dilakukan,” katanya yang membawa tiga anak, Affan Zareef, 11, Ahmad Aeril Zafrel, 10, dan Annur Jelita Zahra, 5, menerima vaksin di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini.

Perkara sama disuarakan Puan Radiah Abdul rahim, 46, yang turut membawa anaknya Ahmad Aqil asraaf, 12, menerima dos pertama hari ini.

Bagi Rohaizan Rahman, 41, keputusan untuk membawa anaknya Azrieza Qalesya, 11, dan Azrieza qairina, 7, untuk divaksin adalah satu peluang yang tepat untuk dimanfaatkan.

“Bila ada peluang saya terus daftar nama anak dan anak-anak pun setuju, memang nak (divaksin), tiada rasa takut dan hari ni pun mereka masih okay. Sebagai ibu bapa memang ada rasa tertanya-tanya sama ada keputusan ini (vaksin anak) betul atau tak tapi bila tengok sambutan menggalakkan daripada ibu bapa lain, perasaan saya lebih tenang.

“Saya juga ingin menyarankan ibu bapa lain agar vaksin anak-anak kerana kita boleh bersama2 mewujudkan persekitaran yang lebih selamat. Anak-anak boleh kembali ke sekolah secara normal, bercampur masyarakat secara biasa,” katanya.

Sehingga 5 Februari 2022, seramai 28,446 kanak-kanak daripada anggaran 197,700 (14.3 peratus) telah mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids).

Suntikan bagi PICKids di Pahang yang bermula hari ini menyaksikan seramai 30 orang kanak-kanak comorbid yang layak menerima vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), pagi ini.

Sebanyak 78 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 akan dibuka yang melibatkan 11 SPPV, 60 Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) serta tujuh PPV Offsite akan menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin COVID-19 ini.

Selain itu Hospital Pekan juga turut memulakan suntikan PICKids pada hari ini. PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download