Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah ketika Majlis Makan Malam Pemuda Dan Puteri Umno Bahagian Jerantut bersama Sukarelawan MTSP di Dewan Tun Teja di Jerantut, semalam

GOLONGAN BELIA DIGALAK SERTAI SUKARELAWAN
 

Oleh : Fansurina Abdullah
 
JERANTUT, 5 FEBRUARI 2022 : Golongan belia digalakkan menyeratai pelbagai aktiviti kesukarelawanan bagi memupuk semangat jatidiri dan membina nilai kepimpinan di dalam diri masing-masing.
 
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah berkata, sifat kepimpinan perlu dipupuk ketika usia muda terutama di kalangan belia sebagai perintis masa hadapan negara.
 
“Belia merupakan tunggak kepada masa hadapan negara, justeru anak muda yang berwawasan dan mempunyai nilai-nilai kesukarelawan yang tinggi pasti dapat membentuk negara yang seimbang dan harmoni pada masa hadapan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Pemuda Dan Puteri Umno Bahagian Jerantut bersama Sukarelawan MTSP di Dewan Tun Teja di Jerantut, semalam.
 
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Jerantut, YB Dato’ Haji Nazlan Idris, Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut, YH Dato’ Ridzuan Mansor, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Dato Siti Hajar Mubin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Encik Fasal Jamlus, Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Puan Faezah Ishak, Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Dato Zukarmi Abu Bakar dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Jerantut, Encik Mohd Jamil Mat Daut.
 
YB. Dato’ Haji Nazri berkata, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) atau pun pertubuhan sukarelawan yang ditubuhkan yang memberi peluang dan ruang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
 
“Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) juga telah ditubuhkan bagi menyediakan medium penglibatan di kalangan golongan muda dalam pelbagai misi bantuan di seluruh Pahang.
 
“Malah UMNO juga turut menyediakan ruang penglibatan di kalangan ahlinya yang terdiri daripada belia untuk sama-sama menjalankan misi bantuan dan kesukarelawan dalam pelbagai situasi sama ada bencana mahu pun bantuan menyeluruh kepada segenap masyarakat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download