Encik Rusmawi Jamal, 47, penerima Rumah Rakyat Pahang di Kampung Terlang di Pekan

KEHILANGAN KATA-KATA, TERHARU TERIMA RUMAH RAKYAT PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

PEKAN, 31 JANUARI 2022 : Kehilangan kata-kata kerana terharu dan gembira antara reaksi awal penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) setelah menerima kunci rumah mereka hari ini.

Encik Rusmawi Jamal, 47, penerima RRP di Kampung Terlang di sini juga setelah itu tidak putus melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Pahang.

Encik Rusmawi Jamal, 47, menerima replika kunci Rumah Rakyat Pahang daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Md Zain

“Rasa syukur Alhamdulillah dapat rumah RRP Pahang yang dibagi percuma oleh Menteri Besar kita dan juga YB kita. Terima kasihlah untuk semua yang banyak tolong saya. Saya bersyukur sangat kerana dengan rumah ini dapatlah saya anak beranak berteduh. Sebelum ni saya menumpang rumah mak saya.

“Saya dah mohon (bantuan rumah) dah banyak kali, lebih sepuluh tahun dah. Bersyukur sangat dapat rumah RRP Pahang ini, memang bersyukur sangat. Gembira sangat dengan bantuan semua, tak tahu nak cakap lagi , ribuan terima kasih sahaja yang mampu kita ucap,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sebelum itu, beliau menerima kunci Rumah Rakyat Pahang daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Md Zain hari ini.

Encik Redzuan Mohd Zuki, 35, berada di Rumah Rakyat Pahang yang diberi percuma oleh Kerajaan Pahang

Sementara itu, seorang lagi penerima RRP di Kampung Meragih, Encik Redzuan Mohd Zuki, 35, mendoakan Kerajaan Pahang sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

“Itu satu pemberian yang Alhamdulillah sangat membantu, saya tak tahu lah nak ucap macam mana lagi atas bantuan Kerajaan Pahang. Terima kasih banyak-banyak, mudahan Allah yang membalasnya.

“Sebelum ni saya duduk di rumah orang tua dan sekarang ini Alhamdulillah saya diberi rumah ini oleh Menteri Besar dan terima kasih kepada Menteri Besar. Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar serta semua yang terlibat dengan menjayakan rumah ini,” katanya yang mempunyai dua anak.

Encik Redzuan Mohd Zuki, 35, menerima replika kunci Rumah Rakyat Pahang daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Md Zain

Sementara itu, YB. Encik Mohd Sharim berkata, pemberian rumah RRP ini diharap dapat meringankan beban mereka dan membantu rakyat yang memerlukan kediaman.

Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan RM19.95 juta bagi pembinaan 266 buah RRP pada tahun ini dengan menabah enam buah rumah di setiap Dewan Negeri (DN) berbanding empat buah sebelum ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download