Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada seorang penerima.

NASIB RAKYAT KURANG BERNASIB BAIK TERUS MENDAPAT PERHATIAN KERAJAAN PAHANG

KUANTAN, 31 JANUARI 2022 : Rakyat di Negeri Pahang sememangnya amat bertuah kerana mempunyai sebuah kerajaan yang tidak putus-putus membela nasib mereka dan menghulur pelbagai bantuan.

Malah pemberian bantuan oleh Kerajaan Pahang pimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail tidak pernah terhenti tetapi dipelbagaikan dari semasa ke semasa.

Ini termasuk pemberian sumbangan cek Kerajaan Pahang kepada 17 penerima termasuk pesakit kronik oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad hari ini.

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim dalam satu hantaran di Facebooknta berkata, sebanyak RM23,000 diperuntukkan kepada penerima bagi meringankan beban kos rawatan mereka.

“Selain itu seramai 44 penerima turut menerima sumbangan Bantuan Khas Miskin Tegar COVID-19 dari Dewan Negeri Kerdau dan Dewan Negeri Jenderak.

“Jumlah agihan adalah RM11,000 yang diperuntukan oleh YAB Menteri Besar Pahang melalui Jababatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Sementara itu, beliau berterima kasih kepada YAB Menteri Besar yang amat prihatin dan segera meluluskan permohonan penduduk yang memerlukan ini dan sumbangan ini membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa menjadi juara membela nasib rakyat. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download