Program ‘Jangan Buang Ini Wang’ anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

JANGAN BUANG, INI WANG

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 30 JANUARI 2022: Program ‘Jangan Buang Ini Wang’ anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) berjaya mengutip barangan kitar semula dengan 1,274 kilogram yang bernilai  pada Januari 2022.
 
Datuk Bandar MBK, YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, program seumpama ini diadakan sebanyak dua kali pada setiap bulan bagi menyediakan ruang kepada orang awam yang ingin mengitar semula barangan yang sudah tidak boleh digunakan.
 
“Kebanyakan orang ramai suka menyimpan barangan yang sudah tidak dapat digunakan kerana ketiadaan medium untuk mereka salurkan barang tersebut untuk dikitar semula.
 
Datuk Bandar MBK, YH Dato’ Hamdan Hussin
 
“Jadi inisiatif oleh MBK ini dapat menyediakan ruang kepada mereka mengitar semula barangan malah ditukar kepada wang dan usaha ini juga sekaligus dapat mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan demam denggi,” katanya.
 
Beliau berkata, Program ‘Jangan Buang, Ini Wang’ ini akan diadakan pada setiap minggu ketiga bertempat di UTC Kuantan dan minggu keempat di Perkarangan Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
 
Bagi program ini, MBK menerima barangan seperti besi, plastik, kertas, e-waste, minyak masak terpakai, dakwat dan tim besi.
 
Pihaknya juga mensasarkan peningkatan dalam pengumpulan barangan kitar semula di daerah Kuantan pada 2022 berbanding tahun lalu memandangkan sepanjang 2021 seluruh negara terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.
 
Sementara itu, orang awam yang ditemui, Encik Hazemi Yusof, 50, berkata, beliau mengitar semula semua barangan elektrik dan besi yang mengalami kerosakan ekoran banjir yang berlaku baru-baru ini.
 
“Banyak barangan elektrik yang mengalami kerosakan ketika kejadian banjir baru-baru ini dan saya berhasrat untuk mengitar semula barang-barang tersebut daripada dibuang kerana membazir. Dan usaha yang dilakukan oleh MBK ini sangat baik kerana menyediakan tempat untuk orang ramai untuk mengitar semula terutama barangan elektrik,” katanya. – PAHANGMEDIA
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download