YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

BIL AIR PERCUMA UNTUK KAWASAN TERJEJAS BANJIR

KUANTAN, 26 JANUARI 2022 : Kerajaan Negeri menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju untuk memberi mengecualikan pembayaran bil air selama tiga bulan di kawasan terjejas banjir baru-baru ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengecualian ini bermula dari bulan Januari 2022 hingga Mac 2022 melibatkan anggaran lebih daripada 40,000 kediaman dengan anggaran peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

“Diharapkan dengan pengecualian ini ia dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir terutamanya bagi membersihkan premis masing-masing yang terjejas akibat bencana alam itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini, Kerajaan Negeri telah mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir termasuklah Bantuan Wang Ihsan dan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan kepada penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang terjejas banjir.

Katanya, Kerajaan Negeri Pahang terus komited membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh negeri Pahang dan amat memahami keadaan mereka terutamanya dalam fasa pemulihan akibat bencana ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download