Projek Internet Jalur Lebar Tanpa Wayar (BWA) yang baru siap di Kampung Orang Asli Rening.

KAMPUNG ORANG ASLI RENING KINI DAPAT RANGKAIAN 4G

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 26 JANUARI 2022 : Penduduk di Kampung Orang Asli Rening di Cameron Highlands kini dapat menikmati kemudahan perkhidmatan internet jalur lebar 4G apabila Projek Internet Jalur Lebar Tanpa Wayar (BWA) yang menggunakan teknologi satelit telah siap sepenuhnya pada penghujung Disember tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, pihak SKMM Pahang turun padang membuat tinjauan ke kampung berkenaan bagi memastikan pelaksanaan projek ini menepati dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), YBRS. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek di Cameron Highlands berkenaan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara JENDELA negeri Pahang termasuk di Cameron Highlands dan Lipis. – GAMBAR FAIL UKOMP

“Dalam tinjauan tersebut, SKMM Pahang turut berjumpa dengan Tok Batin Rening, Abdul Busu dan penduduk yang melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan pelaksanaan projek ini yang memberi manfaat kepada hampir 200 penduduk Orang Asli di situ,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, untuk makluman pada awal 2020, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), YBRS. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek di Cameron Highlands berkenaan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara JENDELA negeri Pahang termasuk di Cameron Highlands dan Lipis.

Kanak-kanak Orang Asli Kampung Rening kini gembira dapat melayari internet.

“Sejak itu kemajuan infrastruktur komunikasi daerah ini telah berjaya dilaksanakan sekaligus membawa banyak perubahan kepada masyarakat Orang Asli di sini dan sehingga hari ini telah banyak kampung Orang Asli muka mendapat liputan internet jalur lebar 4G.

“Secara keseluruhan sebanyak 69 kampung Orang Asli akan mendapat perkhidmatan internet jalur lebar melalui pelaksanaan projek ini. Sehingga kini sembilan Kampung Orang Asli telah siap dilaksanakan projek BWA,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download