Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH. Dato’ Haji Halidan Md Daud ketika berucap pada Program Moh Ngaji Mega 2022

PKZ SEBAR KHIDMAT SOSIAL MELALUI PROGRAM MOH NGAJI MEGA 2022

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 24 JANUARI 2022 : Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang menyebarkan khidmat sosial kepada masyarakat dengan melaksanakan Program Moh Ngaji Mega 2022 yang diadakan secara fizikal dan atas talian, semalam.
 
Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH. Dato’ Haji Halidan Md Daud berkata, antara tujuan lain program tersebut diadakan adalah untuk menyebarkan info zakat dan waqaf di PKZ Pahang menerusi media sosial.
 
“Program Moh Ngaji Mega 2022 ini telah diadakan di Auditorium Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan melibatkan seramai 110 orang peserta termasuklah pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan orang ramai,” katanya.
 
Jelasnya, program seumpama itu juga bertujuan memasyarakatkan PKZ Pahang kepada orang ramai khususnya di Pahang.
 
Pihak PKZ juga berhasrat untuk menjalinkan hubungan baik bersama penggerak media sosial, organisasi dan institusi keagamaan di negeri ini.
 
Menurut Dato’ Haji Halidan, program sama turut mendapat penyertaan daripada orang ramai menerusi siaran atas talian Facebook.
 
Program tersebut turut melibatkan qari dan pengacara My Quran Time TV Alhijrah iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Fazrul Fahmee Ismail.
 
Turut menampilkan penampilan istimewa oleh Battle Taranum Qari Negeri Pahang bersama Ustaz Mohd Shahid Sabri dan Ustaz Muhammad Izzan Idris.
PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download