Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad bersama Ketua Umno Bahagian Kuantan, YH Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar mengadakan lawatan ke rumah Puan Norakhza Razali, 36, dilaporkan mengidap penyakit tulang reput dan masalah buah pinggang iaitu Renal tubular acidosis (RTA).

NASIB IBU TUNGGAL HIDAP PENYAKIT KRONIK DAPAT PERHATIAN KERAJAAN PAHANG

KUANTAN, 20 JANUARI 2022 : Kerajaan Pahang akan membantu seorang ibu tunggal di Kampung Razali yang menghidap beberap penyakit kronik untuk mendapatkan bantuan zakat secara bulanan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Puan Norakhza Razali, 36, dilaporkan mengidap penyakit tulang reput dan masalah buah pinggang iaitu Renal tubular acidosis (RTA).

“YAB Menteri Besar juga bersetuju memberikan sumbangan one-off sebanyak RM1,000 kepada Norakhza,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.

Sebelum itu beliau bersama Ketua Umno Bahagian Kuantan, YH Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar mengadakan lawatan ke rumah Puan Norakhza semalam.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan mengusahakan bantuan zakat secara bulanan bersama JKM bagi tujuan meringankan beban beliau.

Katanya lagi, Perhubungan UMNO Negeri juga akan berusaha membantu tentang rungutan Puan Norakhza bahawa JPA menuntut kembali bayaran elaun suaminya yang telah meninggal.

Beliau juga akan mengusahakan supaya anak Puan Norakhza yang akan memasuki tingkatan satu supaya mendapat bantuan Yayasan Pahang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download