Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak merangkap Dewan Negeri Ketari dan Bilut menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan kepada seorang penerima. - PRO PAHANG

MANGSA BANJIR TERUS TERIMA WANG IHSAN BANJIR

KUANTAN, 20 JANUARI 2022 : Nasib penduduk yang terjejas dengan bencana banjir di Bentong terus mendapat perhatian Kerajaan Pahang apabila menerima sumbangan Bantuan Wang Ihsan hari ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak merangkap Penyelaras Dewan Negeri Ketari dan Bilut.

Menurut YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi, seramai 743 ketua isi rumah melibat lapan buah kampung dan taman di Bentong.

Menurut beliau, setiap penerima yang juga mangsa banjir Monsun Timur Laut 2022 Daerah Bentong mendapat wang tunai sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Pusat dan RM500 dari Kerajaan Negeri Pahang.

“Kerajaan Negeri khususnya sentiasa prihatin dengan setiap lapisan rakyat, tidak kira lelaki atau perempuan, pelbagai peringkat usia dan bangsa. Kita berusaha agihkan semua bantuan dengan harapan tiada lagi yang terlepas pandang.

“Terima kasih Kerajaan Negeri terutamanya YAB Menteri Besar Pahang kerana tidak pernah meminggirkan setiap golongan yang memerlukan malah menjadi antara keutamaan dalam pengagihan.

“Apa yang diharapkan ialah kita semua menjadi golongan yang sentiasa bersyukur, berterima kasih dan tidak berputus asa dengan ujian yang dilalui dalam kehidupan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download