KERAJAAN NEGERI ATUR LANGKAH LEBIH EFISYEN KURANG KESAN BANJIR

KUANTAN, 13 JANUARI 2022 : Kerajaan Negeri akan mengatur perancangan dan langkah-langkah yang lebih efisyen bagi mengurangkan kesan jika berlaku kejadian bencana banjir pada masa akan datang.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dalam pada itu, beliau juga sedang melihat beberapa keperluan penting bagi membangunkan kawasan-kawasan terjejas bersama agensi-agensi kerajaan.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas selesai meneliti post-mortem 11 daerah dalam Negeri Pahang yang terlibat dengan bencana banjir pada baru-baru ini.

“Post-mortem ini dibuat secara berasingan untuk beliau lebih fokus membincangkan permasalahan di peringkat daerah tersebut,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Justeru beliau berharap, perancangan ini dapat dilaksanakan sebaiknya agar memberi kesan yang berpanjangan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download