Allahyarham Dato' Haji Abdul Wahab Mohamad Ali

SETIAUSAHA AKHBAR MENTERI BESAR PAHANG MENINGGAL DUNIA

KUANTAN, 11 JANUARI 2022 : Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Pahang, YH. Dato’ Haji Abdul Wahab Mohamad Ali meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebentar tadi.

Berita kematian Allahyarham disahkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menerusi Facebook beliau.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 5.42 petang selepas menerima rawatan di HTAA akibat penyakit barah darah.

Allahyarham Dato’ Haji Abdul Wahab sebelum ini juga pernah berkhidmat kepada Tun Mohd. Khalil Yaakob dan YB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob sebelum YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau juga pernah menjadi wartawan di Bernama sebelum dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Pahang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download