Aliran Puing di Gunung Karak pada 18 Disember lalu berpunca daripada beberapa gelinciran tanah pada kawasan perbukitan pada ketinggian sekitar 400 meter (m) sebelum mengalir melalui alur sejauh lebih 2 kilometer (km) sehingga menutupi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

ALIRAN PUING DARI GUNUNG KARAK PUNCA BANJIR DI LEBUHRAYA KARAK

KUANTAN, 10 JANUARI 2022 : Aliran Puing di Gunung Karak pada 18 Disember lalu berpunca daripada beberapa gelinciran tanah pada kawasan perbukitan pada ketinggian sekitar 400 meter (m) sebelum mengalir melalui alur sejauh lebih 2 kilometer (km) sehingga menutupi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Ketua Kluster, Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM) dan Felo Utama, UKM, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo berkata, gelinciran bermula dan berpunca di kawasan hutan sekunder, melalui kebun durian dan ladang kelapa sawit di bahagian bawahnya.

“Bahan puing yang terdampar di atas lebuhraya, menyebabkan separuh lebuhraya ditutup beberapa hari kerana takungan air dan puing yang sangat banyak. Puing tersebut juga melimpasi lebuhraya menyebabkan beberapa buah rumah musnah.

“Beberapa gelinciran tanah pada cerun melebihi 40 darjah di kawasan hutan sekunder dengan kuantiti air yang banyak, mengalir ke bawah, menghakis dusun durian dan ladang kelapa sawit di bawahnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, semua bahan runtuhan dan hakisan (puing) terdampar di atas jalan dan memusnah bangunan.

“Dusun, ladang, lebuhraya dan pertempatan ‘menjadi mangsa’ aliran puing, bukan sebaliknya. Bencana ini menjelaskan, pembangunan yang tidak mengambilkira ‘kelakuan alam’ boleh terjebak dengan proses ini,” jelasnya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download