Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADN Bebar, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyerahkan wang ihsan banjir kepada seorang penerima semalam

RM1.4 JUTA BANTUAN WANG IHSAN DIAGIHKAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PEKAN

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 2 JANUARI 2022 : Sebanyak RM1.4 juta bantuan wang ihsan banjir diperuntukkan oleh kerajaan bagi meringankan beban mangsa banjir di Pekan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADN Bebar, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, peruntukkan ini melibatkan seramai 907 ketua isi rumah (KIR) yang terlibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADN Bebar, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama penerima bantuan wang ihsan banjir

“Hampir RM1.4 juta telah diperuntukan kerajaan bagi meringankan beban mangsa banjir di Daerah Pekan melibatkan 907 KIR termasuk satu keluarga dari Chini menerima sumbangan bantuan kematian.

“Setiap KIR telah menerima sumbangan berjumlah RM1,500 iaitu RM500 daripada Kerajaan Negeri dan RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya selepas menyampaikan bantuan wang ihsan berkenaan untuk Dewan Negeri (DN) Bebar, Daerah Pekan semalam.

Beliau berkata, bagi DN Bebar sebanyak 214 KIR telah menerima bantuan ini dengan peruntukan berjumlah RM321,000 manakala bagi DN Pulau Manis seramai 206 KIR, DN Peramu Jaya seramai 324 KIR dan DN Chini seramai 111 KIR.

Beliau dalam masa yang sama berterima kasig kepada semua pihak khususnya Kerajaan Pahang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail kerana meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM500 bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir Disember baru ini.

“Saya selaku wakil rakyat Bebar juga berasa amat bersyukur kerana banyak bantuan-bantuan telah disumbangkan pelbagai pihak termasuk dari orang perseorangan mahupun dari syarikat-syarikat dan NGO.

“Begitu juga pelbagai sumbangan dari Ahli Parlimen Pekan kita, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak. Maka dapatlah saya agihkan secara berterusan demi memastikan nasib mangsa banjir di Bebar sentiasa terbela,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

Share this: