JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG MENURUN KEPADA 2,704 MANGSA

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 31 DISEMBER 2021: Jumlah mangsa banjir di Pahang sehingga jam 10 pagi tadi terus menurun kepada 2,704 orang daripada 831 keluarga yang ditempatkan di 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah.
 
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Daerah Pekan merupakan paling ramai mangsa iaitu seramai 973 orang daripada 322 keluarga berada di 13 PPS diikuti Temerloh 931 mangsa daripada 275 keluarga dipindahkan ke 8 PPS dan Kuantan dengan 463 mangsa daripada 131 keluarga dipindahkan ke empat PPS.
 
Manakala, Daerah Bentong dengan 248 mangsa daripada 83 keluarga dipindahkan ke lima PPS dan Maran 89 mangsa daripada 20 keluarga dipindahkan ke tiga PPS.
 
“Jumlah kumulatif mangsa di seluruh negeri ini direkodkan seramai 65,554 daripada 17,802 keluarga yang telah dipindahkan ke 432 PPS dan telah mengorbankan 21 orang mangsa daripada Kuantan, Pekan, Temerloh, Raub dan Bentong,” katanya.
 
Beliau berkata, sebanyak sembilan jalan ditutup ekoran kenaikan paras air di lapan daerah melibatkan daerah Bentong, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Raub dan Temerloh.
 
Di Bentong, Jalan Southern Loop, Jerantut, Jalan Kuala Lipis – Jerantut, di Kuantan, Jalan Sungai Lembing, Lipis, Jalan Bentong – Gua Musang, di Maran, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan, Daerah Pekan, Jalan Kuantan – Segamat, di Raub, Jalan Ulu Dong dan Temerloh, Jalan Temerloh – Jerantut dan Jalan Paya Luas – Perlok. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download