JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG MENURUN KEPADA 11,776 MANGSA

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 28 DISEMBER 2021: Jumlah mangsa banjir di Pahang terus menurun kepada 11, 776 orang daripada 3,799 keluarga yang ditempatkan di 83 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah.
 
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Daerah Temerloh merupakan paling ramai mangsa iaitu seramai 4,899 orang daripada 1,462 keluarga berada di 16 PPS diikuti Bentong 2,980 mangsa daripada 1,163 keluarga dipindahkan ke 15 PPS dan Pekan dengan 1,804 mangsa daripada 575 keluarga dipindahkan ke 24 PPS.
 
Manakala, Daerah Maran dengan 851 mangsa daripada 253 keluarga dipindahkan ke 18 PPS, Bera 755 mangsa daripada 205 keluarga dipindahkan ke 5 PPS manakala Kuantan 487 mangsa daripada 141 keluarga dipindahkan ke 5 PPS.
 
“Musibah banjir ini juga telah mengorbankan 19 orang mangsa daripada Kuantan, Pekan, Temerloh dan Bentong,” katanya.
 
Beliau berkata, jalan yang ditutup di seluruh negeri ini juga menurun kepada sembilan jalan melibatkan lapan daerah disebabkan banjir dan juga tanah runtuh.
 
Di Pekan, Jalan Kuantan – Segamat, Bentong, Jalan Southern Loop, Jerantut, Jalan Kuala Lipis – Jerantut, Maran, Jalan KL – Kuantan, Raub, Jalan Ulu Dong, Temerloh, Jalan Temerloh – Jerantut dan Jalan Paya Luas – Perlok, Kuantan, Jalan Sungai Lembing dan Daerah Lipis, Jalan Bentong – Gua Musang.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download