Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 24 DISEMBER 2021 : Sebanyak 33,844 mangsa banjir melibatkan 10,051 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini setakat 8 pagi hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ini kesemua mangsa ditempatkan di 244 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah.
“Di Temerloh, seramai 12,663 mangsa daripada 3,629 keluarga berada di 79 PPS, Kuantan 9,546 mangsa daripada 2,845 keluarga dipindahkan ke 54 PPS, dan Bentong 4,700 mangsa daripada 1,597 keluarga dipindahkan ke 17 PPS.
“Bera 2,282 mangsa daripada 654 keluarga dipindahkan ke 22 PPS, Pekan 1,790 mangsa daripada 534 keluarga dipindahkan ke 21 PPS, dan Maran 1,188 mangsa daripada 332 keluarga dipindahkan ke 26 PPS setakat ini.
“Daerah Lipis 894 mangsa daripada 282 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS, Jerantut 605 mangsa daripada 131 keluarga dipindahkan ke 13 PPS, dan Raub 176 mangsa daripada 48 keluarga dipindahkan ke tiga PPS,” katanya.
Beliau berkata musibah banjir ini juga telah mengorbankan 14 orang mangsa daripada Bentong, Kuantan, Temerloh, Pekan dan Raub.
Beliau berkata jalan yang ditutup di seluruh negeri ini juga menurun kepada 36 jalan melibatkan lima daerah disebabkan banjir dan juga tanah runtuh.
“Di Temerloh, jalan yang ditutup adalah Jalan Kuala Lumpur – Kuantan, Jalan Gemas – Temerloh, Jalan Temerloh – Mentakab, Jalan Bolok- Sok Mek, Jalan Utama Mempaga/Bkt Damar/Lakum, Jalan Kampung Gantok, Jalan Seberang Temerloh, Jalan Kampung Lipat Kajang, Jalan Teluk Ira-Rumpun Makmur, Jalan Simpang Songsang-Bangau, Jalan Megat Segama, Jalan Alternatif Paya Luas – Paya Jauh, Jalan Kampung Belenggu. Jalan Bahagia – Belenggu halt, Jalan Batu Kapur – Sg. Buloh, Jalan Sanggang – Lubuk Kawah, dan Jalan Jenderak Loop.
“Di Pekan, di Jalan Teluk Ganchong Lepar, Pelak – Belimbing, dan Jalan Mentiga Terapai. Di Bentong ialah di Jalan Karak – Simpang Pelangai. Di Maran, di Jalan Pekan Sehari-Kampung Awah, Jalan Kampung Wau/Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Bukit Tajau-Bandar Pusat Jengka, Jalan Chenor Sekara Kening, Pejing, Jalan Masuk Kampung Paya Ladang, dan Peijing.
“Di Bera pula di Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Bohor Bahru, Jalan Bukit Serdang, Jalan Kampung Menteri, Jalan Kuala Bera, Jalan Charuk Puting – Guai, dan Jalan Charuk Puting – Selindang,” katanya. -PAHANGMEDIA