BANTUAN KHAS BENCANA BANJIR PAHANG DISAMBUT RASA SYUKUR

Oleh : Fairus Mohd

PEKAN, 23 DISEMBER 2021: Pengumuman pemberian Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah terjejas banjir yang diumumkan Menteri Besar Pahang hari ini disambut dengan rasa syukur mangsa terlibat.

Seorang mangsa banjir dari Kampung Pelak, Tengku Awang Tengku Chik, 63, berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri kerana memahami kesukaran yang dialami mangsa banjir.

Tengku Awang Tengku Chik, 63

“Wujudkan rasa syukur dalam diri dengan keadaan sekarang, kalau nak bandingkan negara lain tak dapat (bantuan). Kita hidup dalam negara yang beribu kali jauh lebih baik.

“Kita amat berterima kasih dengan Kerajaan Negeri.. Kalau nak ikut kat Malaysia ni, Kerajaan Negeri Pahang yang pertama bagi RM500..awal-awal lagi dah bagi, negeri lain belum bagi lagi. Kerajaan macam lagi kita nak cari?,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) IKBN, hari ini.

Rasa syukur turut dizahirkan penghuni Pondok Warga Emas Nur Iman, Kampung Tanjung Cempaka, Puan Nor Fadilah Jamaludin, 57, di atas bantuan yang dihulurkan.

Puan Nor Fadilah Jamaludin, 57

“Terima kasih kerana menolong mangsa-mangsa banjir.. walaupun kadang-kadang tak setimpal dengan barang yang hilang, tetapi syukurlah juga kerana dapat ringankan beban.

“Saya mengucapkan syukur dan terima kasih kerana sudi membantu kami yang ditimpa musibah banjir ini. Alhamdulillah, syukur sangat,” katanya.

Rasa gembira turut dizahirkan Che Salinah Che Awang, 44, dari Kampung Pelak atas keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap mereka.

Che Salinah Che Awang, 44

“Terima kasih Menteri Besar Pahang di atas bantuan RM500 yang diumumkan. Ia meringankan beban kami yang ditimpa musibah banjir.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang… dapatlah kami membiayai keperluan-keperluan selepas banjir.

“Sumbangan itu juga dapat digunakan ketika kami masih berjaga-jaga akibat penularan wabak COVID-19 ketika ini,” katanya.

Bagi Ketua Kampung Temai Hulu, Encik Ali Omar pula, sumbangan berkenaan disifatkan sebagai satu inisiatif yang sangat baik dari Kerajaan Negeri.

Encik Ali Omar

“Sumbangan ini adil bagi saya kerana yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pun dapat.

“Sekarang masih musim wabak, jadi ada yang tidak sesuai tinggal di PPS dan terpaksa pindah di rumah anak atau saudara mara spt pesakit kronik..Alhamdulillah, kerajaan tetap beri sumbangan,” katanya.

Bantuan tradisi Kerajaan Negeri tanda prihatin terhadap nasib mangsa banjir di negeri ini melibatkan empat kategori penerima.

Ia melibatkan mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), mangsa tidak berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang membuat keputusan untuk tidak berpindah ke mana-mana. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download