KUANTAN, 22 DISEMBER 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menyantuni mangsa banjir di Daerah Jerantut.
Baginda menyantuni mangsa-mangsa banjir di lebih lapan buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar daerah ini.

Selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), baginda telah berkenan untuk menyerahkan wang zakat dan juga mengurniakan sumbangan peribadi kepada lebih 292 buah keluarga mangsa banjir bagi meringankan bebanan mereka.
Sebelum ini KDYMM Pemangku Raja Pahang telah mengadakan lawatan ke Kuantan dan Raub untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir dan mengurniakan sumbangan. – PAHANGMEDIA