Mayat seorang lelaki yang dikhuariti lemas ketika melintas arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi di sini, sudah ditemui pagi tadi

BANJIR : MAYAT MANGSA HANYUT BERSAMA KERETA DITEMUI

KUANTAN, 20 DISEMBER : Mayat seorang lelaki yang dikhuariti lemas ketika melintas arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi di sini, sudah ditemui pagi tadi

Mangsa Mohd Halmi Nazlan, 34, dijumpai pada jarak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian kira-kira jam 7.15 pagi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, jenazah operator kilang itu telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Kejadian yang berlaku Sabtu lalu ketika mangsa bersama rakannya, Muhammad Amirul, 23, dalam perjalanan dari Kuantan mengala ke Pekan.

Ketika melalui jambatan di kampung terbabit, kereta Proton Exora yang dinaiki mangsa gagal dikawal dan dihanyutkan arus deras ke sungai berkenaan.

Bagaimanapun rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri sebaliknya mangsa terus dihanyutkan arus sebelum hilang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download