KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli mengunjungi restoran KFC di Jalan Ipoh untuk santapan tengah hari, semalam

KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG BERATUR BELI KFC

KUANTAN, 17 DISEMBER 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bercemar duli mengunjungi restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk santapan tengah hari, semalam.

Turut berangkat bercemar duli Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara, KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta KDYMM Raja Permaisuri Agong berkesempatan singgah di restoran tersebut dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan tengah hari di tingkat atas restoran tersebut bersama pengunjung-pengunjung yang lain.

Menurut hantaran itu lagi Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni dan beramah mesra bersama pengunjung-pengunjung dan pekerja-pekerja restoran tersebut.

Hantaran sama juga memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan Seri Paduka berdua beratur untuk membeli hidangan KFC. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download