KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli berangkat melawat ladang kelapa sawit milik Yayasan Pahang di Gambang

KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG BERCEMAR DULI LAWAT LADANG YAYASAN PAHANG

KUANTAN, 16 DISEMBER 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat bercemar duli melawat ladang kelapa sawit milik Yayasan Pahang di Gambang, semalam.

Turut bercemar duli, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli berangkat melawat ladang kelapa sawit milik Yayasan Pahang di Gambang

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato’ Mahmud Mohd Nawawi yang juga merangkap Pengarah Urusan YP Plantation Holdings Sdn Bhd.

Sejurus ketibaaan, Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan menerima persembahan taklimat oleh Pengurus Besar YP Plantation Holdings Sdn. Bhd., Encik Muhamad Fairuz Kamal Mat Noh.

Seri Paduka Baginda berdua kemudiannya telah berkenan berangkat ke lapangan penuaian pokok kelapa sawit dan meluangkan masa menyantuni pekerja-pekerja YP Plantations Sdn Bdn di ladang tersebut.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada pekerja-pekerja ladang.

Sementara itu, YH. Dato’ Mahmud berkata, sejak penubuhan YP Plantation 27 tahun yang lalu, sebanyak RM790 juta telah disumbangkan kepada Yayasan Pahang.

Ini bagi tujuan membantu dan memberi manfaat pelbagai bentuk bantuan pendidikan, juga aktiviti kemasyarakatan yang disalurkan kepada segenap lapisan masyarakat, iaitu daripada tadika hingga ke warga emas, tanpa mengira bangsa, usia dan kedudukan ekonomi. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download