Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Peramu Jaya, YB. Dato’ Sri Haji Sh. Mohamed Puzi Sh. Ali semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Dewan Negeri Pahang Darul Makmur, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI: PELAN PEMBANGUNAN SUKAN PRESTASI TINGGI DIWUJUDKAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 09 DISEMBER 2021 : Kerajaan Pahang telah mewujudkan Pelan Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang 2021-2030 bagi meningkatkan mutu sukan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata pelan pembangunan sukan ini merupakan pelan tindakan bagi tempoh 10 tahun.

“Sasaran utama pelan ini adalah SUKMA 2030 yang mana Negeri Pahang akan menjadi salah satu negeri yang mempunyai atlet yang berkualiti.

“Sukan olahraga adalah salah satu sukan yang tersenarai dalam Pelan Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang 2021-2030 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Peramu Jaya, YB. Dato’ Sri Haji Sh. Mohamed Puzi Sh. Ali semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Dewan Negeri Pahang Darul Makmur, hari ini.

ADN Peramu Jaya sebelum itu bertanyakan mengenai langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Pahang bagi memastikan lebih ramai atlet berpotensi dapat dilahirka di negeri ini dalam sukan olahraga.

Tambah beliau, bagi sukan olahraga, Majlis Sukan Pahang (MSP) telah membuat kolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) bagi merancang dan memperkasa program berkenaan.

Menurut beliau, bagi atlet yang telah dikenalpasti berpotensi, mereka akan ditempatkan di bawah Program Bakat dan Pelapis Negeri.

“Mereka ini akan ditempatkan di Sekolah Sukan Pahang SMK Seberang Temerloh, Temerloh dan Sekolah Sukan Malaysia Gambang.

“Beberapa pusat latihan juga akan dibuka di beberapa daerah dan akan dilatih oleh jurulatih yang berkelayakan.

“Setakat ini juga, tiga pusat latihan negeri telah diwujudkan iaitu di Kuantan, Temerloh, dan Cameron Highlands. Semua program yang dijalankan juga turut mendapat kerjasama daripada pihak Persatuan Olahraga Negeri Pahang,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download