YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

BELANJAWAN PAHANG : RM151.27 JUTA DIPERUNTUK BAGI SIAPKAN PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BEKALAN AIR

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi dan Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 06 DISEMBER 2021 : Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM151.28 juta iaitu peningkatan sebanyak RM58.78 juta bagi menyiapkan projek-projek pembangunan infrastruktur bekalan air baharu.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan ini juga melibatkan penaiktarafan sistem bekalan air sedia ada.

“Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) akan meneruskan pelaksanaan projek-projek yang telah dirancang di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12 yang mana sebahagian besarnya adalah merupakan projek-projek sambungan yang telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11.

“Projek-projek tersebut melibatkan pembinaan loji rawatan air, pembinaan tangki simpanan dan pemasangan paip yang telah pun siap dan digunakan oleh pihak industri dan pengguna domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan Belanjawan Tahun 2022 Kerajaan Negeri Pahang bertemakan Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Dewan Negeri Pahang Darul Makmur, hari ini.

Beliau berkata bagi tahun ini Kerajaan Pahang telah melaksanakan Projek Bekalan Air Raub bernilai RM18 juta bagi meningkatkan perkhidmatan air kepada rakyat di negeri ini.

“Projek 1: Kerja-Kerja Segera Mengatasi Kekeruhan Yang Tinggi di Loji Rawatan Air Sg. Bilut; Projek 2: Kerja-Kerja Segera Mengatasi Kekeruhan Yang Tinggi di Loji Rawatan Air Sg. Semantan; dan Projek 3: Kerja-Kerja Segera Mengatasi Kekeruhan Yang Tinggi di Loji Rawatan Air Sg. Klau,” katanya.

Tambah beliau, kawasan Perindustrian Gebeng dan Loji Rawatan Air Semambu Fasa 3 akan dilaksanakan pada tahun hadapan dengan peruntukan berjumlah RM619 juta.

“Kerajaan Negeri juga mengumumkan jumlah peruntukan penyelenggaraan jalan negeri bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM371 juta telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat bagi memastikan infrastruktur jalan di Negeri Pahang diselenggara dengan baik.

“Selain itu, Projek Membina Kolam Takungan Hiliran di Kuala Medang Daerah Lipis juga telah mula dilaksanakan pada tahun 2021 dengan kos RM11 juta dan akan diteruskan pada tahun 2022.

“Manakala projek membina dan menyiapkan tangki imbangan berkapasiti 106 juta liter sehari (JLH) di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dan projek membina dan menyiapkan Loji Rawatan Air Semambu Fasa 3 berkapasiti 145 JLH di Daerah Kuantan pula akan dilaksanakan pada tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM619 juta,” katanya.

Menurut beliau lagi, sebanyak RM60.83 juta akan diperuntukkan merangkumi penyelenggaraan dan naiktaraf di antaranya kuarters dan pejabat-pejabat kerajaan bagi Perbelanjaan Pembangunan Infrastruktur JKR tahun 2022.

“Sebanyak RM60.83 juta akan diperuntukkan merangkumi penyelenggaraan dan naiktaraf di antaranya kuarters dan pejabat-pejabat kerajaan.

“Terdapat peningkatan Peruntukan Pembangunan bagi tahun 2022 sebanyak RM27.73 juta iaitu 83.78 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download