YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

BELANJAWAN PAHANG: BAYAR CUKAI TANAH MELALUI PAHANG GO

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi dan Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 6 DISEMBER 2021 : Perkhidmatan atas talian PahangGo membantu memudahkan urusan pembayaran cukai tanah dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana pemilik tanah menghadapi kesukaran untuk hadir ke PTG atau mana–mana PDT untuk membuat bayaran.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayar cukai tanah di Pahang boleh membuat semakan cukai tanah dan membuat pembayaran secara dalam talian menerusi laman sesawang Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang menerusi pembayaran atas talian atau (FPX).

“Inisiatif dan Program Digital Kerajaan Negeri melalui PahangGo mengandungi tiga teras utama iaitu Infrastruktur Digital, Kerajaan Digital dan Inklusif Digital.

“Pelbagai program yang khusus bagi melancarkan dan menambahbaik sistem penyampaian kerajaan dilaksanakan pada tahun 2022 dengan kos sebanyak RM16.33 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi ucapan Belanjawan Tahun 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Pahang melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam proses melaksanakan e-tanah dan kos keseluruhan bagi projek ini adalah RM128 juta ringgit secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI) bersama syarikat yang dipilih.

“Negeri Pahang menjadi negeri yang keempat melaksanakan e-tanah pada tahun 2022 dan pendigitalan pengurusan tanah untuk mengekang ketirisan hasil dan meningkatkan sistem penyampaian kerajaan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download