Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan anugerah kepada penerima pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur yang diadakan di Hotel Zenith, Kuantan.

KERAJAAN DITITAH SUPAYA MENYESUAIKAN PERLAKSANAAN DASAR DENGAN GENERASI Z

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 28 NOVEMBER 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Kerajaan Pahang agar menyesuaikan perlaksanaan dasar dan program dengan jiwa generasi belia masa kini.

Titah baginda, sebanyak 80 peratus di kalangan generasi Z menghabiskan purata lapan jam sehari dengan melayari internet.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Inti International University and Colleges, belia generasi Z dikenali sebagai ‘hyper-connected’ yang amat menggemari gajet sama ada ‘smart phone’, tablet atau laptop,” titah baginda.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur yang diadakan di Hotel Zenith, Kuantan.

Pada majlis itu sebanyak 17 anugerah diberikan kepada 23 penerima terpilih yang telah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM1,015,000 untuk bantuan kepada belia Negeri Pahang bagi 2021.

Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain dan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Encik Izzat Afifi Abdul Hamid.

Dalam pada itu, baginda turut menitahkan Kerajaan Pahang agar menyediakan peruntukan sewajarnya bagi membolehkan golongan belia di negeri ini dapat terus aktif mengadakan pelbagai program dan aktiviti.

“Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak swasta boleh menyediakan persekitaran yang lebih kondusif melalui pembangunan kapasiti, penyediaan kemudahan infrastruktur dan pembukaan peluang pemasaran kepada para belia agar mereka dapat memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di dalam dan luar negari,” titah baginda. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds