YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menandatangani plak sebagai tanda perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021 peringkat Negeri Pahang secara ringkas dan sederhana di Wisma Sri Pahang, hari ini.

KERAJAAN PAHANG SAMBUT HARI PERANCANG BANDAR SEDUNIA SECARA RINGKAS DAN SEDERHANA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 26 NOVEMBER 2021 : Kerajaan Pahang hari ini meraikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021 peringkat Negeri Pahang secara ringkas dan sederhana di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Sambutan yang turut meraikan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar Malaysia ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau dalam sambutan ini telah memotong riben simbolik sambutan dan menandatangani plak dengan disaksikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021 peringkat Negeri Pahang secara ringkas dan sederhana di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda dan Pengarah PLANMalaysia Pahang, YBrs. Tuan Haji Mokhtar Samadi.

Hari Perancangan Bandar Sedunia adalah sambutan tahunan yang diraikan pada 8 November setiap tahun yang melibatkan 30 buah negara di seluruh dunia.

Sambutan ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai bidang perancangan bandar dalam memastikan pembangunan bandar dan desa yang mampan demi kesejahteraan komuniti serta pemeliharaan alam sekitar di Malaysia amnya dan di Negeri Pahang ini khasnya.

Sambutan pada tahun ini sangat bermakna kerana ianya disambut bersama Sambutan 100 Tahun Profesion Perancangan Bandar di Malaysia. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download