YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan Bantuan Insentif Seni JKKN 2021 kepada penerima. Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

KERAJAAN SASAR 80 PERATUS KAWASAN AKAN TERIMA LIPUTAN 5G DI NEGARA INI MENJELANG 2026

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

BERA, 21 NOVEMBER 2021 : Kerajaan menyasarkan 80 peratus kawasan di seluruh negara akan menerima capaian liputan internet 5G menjelang 2026.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, capaian liputan 5G akan mula dilancarkan di negara ini pada bulan hadapan melibatkan kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Cyberjaya.

“Bagi seluruh negara pada 2026 disasarkan 80 peratus kawasan akan menerima capaian internet 5G,” katanya ketika merasmikan Program Pemerkasaan Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan 2021 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, di sini.

Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed; Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Tan Sri Noh Haji Omar;dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Guai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

Menurut beliau lagi, Kerajaan mensasarkan 100 peratus kawasan berpenduduk akan mendapat liputan 4G pada 2025.

“Setakat suku ketiga tahun ini, 94 peratus kawasan berpenduduk telah mendapat liputan 4G. Sasaran 100 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan 4G pada 2025.

“31.34 Mbps kelajuan jalur lebar mudah alih, di mana sasaran kelajuan jalur lebar mudah alih ditingkatkan kepada 100 Mbps pada tahun 2025.

“Dan sebanyak 6.42 juta premis telah pun menerima capaian gentian optik berbanding dengan sasaran 9 juta premis pada tahun 2025,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya juga menjangka pada 2025, seluruh kawasan di daerah ini akan menerima liputan capaian internet

“Setakat ini di Bera, capaian internet adalah sebanyak 90.4 peratus dan kita jangka pada 2025 di setiap kampung di Bera termasuklah kampung Orang Asli akan memperoleh 100 peratus capaian internet,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download