Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Dr. Nor Azimi Yunus ketika sidang media selepas operasi mega pematuhan SOP di sekitar Bandar Kuantan semalam

18 DIKENAKAN KOMPAUN LANGGAR SOP

KUANTAN, 21 NOVEMBER 2021: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah mengeluarkan sebanyak 18 kompaun kepada individu yang melanggar kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dalam satu operasi yang diadakan semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Dr. Nor Azimi Yunus dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, jumlah keseluruhan kompaun telah dikeluarkan berjumlah RM27,500 dengan majoriti kesalahan adalah tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Operasi mega yang dilaksanakan oleh JKNP ini melibatkan seramai 45 pegawai penguatkuasa bermula jam 2 petang hingga 9 malam melibatkan kawasan sekitar Bandar Kuantan,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi yang sama juga sebanyak 74 notis dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) iaitu merokok di tempat makan telah dikeluarkan membabitkan nilai sebanyak Rm37,000.

Katanya, ia membabitkan kesalahan merokok di kedai makan, merokok di kompleks membeli-belah dan orang belum dewasa merokok.

“Secara keseluruhan, dari Januari lalu hingga semalam, JKNP telah mengeluarkan sebanyak 1,849 kompaun di bawah Akta 342 dengan nilaian RM3.66 juta.

“Mengikut PPKHT 2004 pula sebanyak sebanyak 1,592 notis dengan nilaian RM796,000 telah dikeluarkan dalam tempoh yang sama,” jelasnya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download