Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Terentang di sini menempa kejayaan apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Kebangsan Sekolah Rendah 2021 baru-baru ini.

SK SERI TERENTANG JUARA PANTUN KEBANGSAAN SEKOLAH RENDAH 2021

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 20 NOVEMBER 2021: Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Terentang di sini menempa kejayaan apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Kebangsan Sekolah Rendah 2021 baru-baru ini.

SK Seri Terentang yang berada di Kampung Permatang Pauh dalam Dewan Negeri (DN) Bebar itu mewakili Negeri Pahang dalam pertandingan berkenaan.

Pertandingan bermula 16 hingga 18 Nov dengan menyaksikan Pahang bertemu Selangor, Perlis, Johor dan Sarawak sebelum menempatkan diri di pentas akhir dengan bertemu dengan Negeri Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, disebalik kejayaan sudah tentu ada jerih dan pedih apabila adik Nurul Ain Fairuz iaitu salah seorang peserta menerima berita duka kematian adik kandungnya pada malam sebelum pusingan akhir pertandingan itu.

Bagaimanapun katanya, berita itu tidak menjejaskan prestasinya sewaktu pertandingan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar berkata, berkat tabahnya beliau telah membuahkan hasil apabila adik Nurul Ain juga turut dinobatkan sebagai pemantun terbaik kebangsaan.

Katanya, kejayaan ini amat membanggakan Kerajaan Negeri Pahang, YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Beliau juga akan menyampaikan sumbangan kepada semua peserta pantun SK Seri Terentang sebagai tanda penghargaan diatas kejayaan cemerlang mereka.

Tahniah diucapkan kepada adik-adik pemantun SK Seri Terentang iaitu Nurul Ain Fairuz, Ahmad Ibrahim, Nur Raudhah Irdina, Ikhwan Hafidz dan Fahimul Fawwaz serta guru-guru pembimbing dan warga sekolah. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download