YAB MB UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA JURUTERBANG MAUT NAHAS PESAWAT PEJUANG

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2021: YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 di Butterworth semalam.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam satu hantaran di Facebook mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Beliau juga mendoakan Mejar Mohd Fareez Omar yang kini menerima rawatan di hospital, dikurniakan kesembuhan.

TUDM menerusi kenyataan malam tadi berkata nahas terbabit berlaku kira-kira jam 10.07 malam ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan malam.

Menurut kenyataan itu, Kapten Mohamad Affendi meninggal dunia sementara Mejar Mohd Fareez yang cedera berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download