Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika berucap pada Sesi Maklumbalas Rakyat Kami @ Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia Dan Program Pemerkasaan Skuad Unity RT Cares.

KEMENTERIAN PERPADUAN KUMPUL IDEA RAKYAT RENCANA KONSEP KELUARGA MALAYSIA

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 15 NOVEMBER 2021 : Kementerian Perpaduan melancarkan Sesi Maklumbalas Rakyat Kami @ Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia Dan Program Pemerkasaan Skuad Unity RT Cares.
 
Sesi maklumbalas ini bertujuan mendapatkan idea dan pandangan rakyat berkenaan program serta aktiviti yang dapat direncanakan bagi merealisasikan konsep Keluarga Malaysia.
 
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB. Datuk Halimah Mohamed Sadique dengan memilih Daerah Bentong sebagai destinasi pertama perlaksanaan sesi maklumbalas berkenaan.
 
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan,Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.
 
Majlis yang dilancarkan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong itu akan diteruskan di setiap pelusuk negara dalam usaha merencanakan konsep Keluarga Malaysia.
 
Idea Keluarga Malaysia telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos lepas.
 
Konsep tersebut bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam mencapai kemajuan yang lebih tinggi menerusi Keluarga Malaysia yang lebih inklusif dengan semangat sebuah keluarga. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds