Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker ketika berucap pada Program Outreach Kuantan Hogoh Anak Muda anjuran Impact Malaysia dan Picksum di Residence Inn Cherating

PROGRAM ‘HOGOH ANAK MUDA’ PERKASA BELIA PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
 
KUANTAN, 14 NOVEMBER 2021 : Program ‘Hogoh Anak Muda’ mampu memperkasakan golongan belia menjadi modal insan yang dapat memimpin masyarakat setempat menerusi pembangunan pelbagai arena yang diceburi.
 
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker berkata, pelbagai peluang dan akses terhadap program latihan usahawan, mentor perniagaan, dana pelaburan, pelbagai aplikasi perniagaan dan platform jualan dapat dipelajari menerusi program yang dianjurkan ini.
 
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu melihat orang muda yang memimpin pembangunan masyarakat dan pelbagai lagi usaha berbentuk kemajuan dan kebajikan masyarakat.

”Belia bukan sekadar menjadi sukarelawan dan mengikut pergerakan sedia ada, tetapi harus memimpin, mencari idea segar dan menggerakkan usaha yang memberi impak pada skala besar di dalam masyarakat,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas Program Outreach Kuantan Hogoh Anak Muda anjuran Impact Malaysia dan Picksum di Residence Inn Cherating selama empat hari bermula 11 November dan berakhir hari ini.
 
Program tersebut telah disertai seramai 50 peserta di kalangan usahawan belia bertujuan memperkasakan usahawan belia tempatan menerusi perlaksanaan projek impak sosial komuniti di daerah Kuantan dan raub serta mengaktifkan changemaker muda.
 
Sebanyak 12 projek dibentangkan pada demo day untuk diadili oleh YB. Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker bagi mendapatkan dana berjumlah RM5,000 bagi setiap projek yang disediakan kepada empat projek terpilih. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds