Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB Encik Shahrim Md Zain mengambil kesempatan meninjau ke pondok sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di jalan masuk utama ke Chini 3 berhampiran Dewan Semai Bakti selepas kawasan itu dikenakan PKPD.

PKPD: BANTUAN BUAT PENDUDUK FELDA CHINI 3 TIDAK DIABAI

Oleh : Fairus Mohd

PEKAN, 13 NOVEMBER 2021 : Penduduk Felda Chini 3 yang dikenakan Perintah Kawasan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semalam tidak perlu bimbang kerana pihak kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian sewajarnya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, , YB Encik Shahrim Md Zain berkata, semua maklum penduduk di kawasan berkenaan sudah pasti tidak boleh keluar untuk mendapatkan bekalan makanan semudah sebelum dikenakan PKPD.

“Kerajaan Pahang sentiasa komited menyalurkan bantuan-bantuan bertepatan dengan keperluan semasa rakyat terutamanya ketika masih hidup dalam situasi dan cabaran COVID-19.

“Saya juga telah mengambil kesempatan meninjau ke pondok SJR (sekatan jalan raya) yang didirikan di jalan masuk utama ke Chini 3 berhampiran Dewan Semai Bakti bagi mendengar taklimat ringkas dan melihat sendiri persiapan dan kesiapsiagaan anggota bertugas,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, penguatkuasaan di samping disiplin penduduk mematuhi peraturan yang ditetapkan bakal membantu mengurangkan kes seterusnya ke angka sifar.

“Alhamdulillah, walaupun penguatkuasaan PKPD baru bermula di Chini 3, saya melihat penguatkuasaan PDRM yang turut dibantu agensi lain seperti tentera, Rela, APM dan PBT berada di tahap terbaik bagi memantau pergerakan penduduk.

“Saya menyeru agar penduduk yang terlibat agar dapat mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Sama-samalah kita mengekang penularan COVID-19 di kawasan kita,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download