FELDA CHINI 3 DAN LADANG FGV MENGKARAK 1 DIKENAKAN PKPD

KUANTAN, 12 NOVEMBER 2021: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan FELDA Chini 3, Mukim Penyor, Pekan di Pahang selama 14 hari bermula hari ini hingga 25 November depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini, manakala tiada pelanjutan dan penamatan PKPD,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Chini, YB Encik Mohd Sharim Md Zain meminta penduduk Felda Chini 3, di sini, supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) wabak Covid-19.

Beliau berkata tujuan pelaksanaan PKPD itu adalah untuk mengekang penularan jangkitan wabak Covid-19 daripada terus merebak.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar penduduk dapat mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download