Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

KDYMM SULTAN PAHANG KURNIA GELARAN DATO’ KURNIA KEPADA EMPAT INDIVIDU

KUANTAN, 4 NOVEMBER 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan mengurniakan gelaran Yang Hormat Dato’ Kurnia kepada empat individu berkuatkuasa 27 Oktober lalu.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Haji Ab. Rahman berkata, YH. Dato’ Sri Vinod Kumar Agawal dikurniakan Yang Hormat Dato’ Kurnia Ekram manakala YH Lt. Kol. Dato’ Dr. Ir. Thong Kok Sing pula dikurniakan Yang Hormat Dato’ Kurnia Wira.

Selain itu, YH. Dato’ Haji Mohamed Ariffin Awang Ismail pula dikurniakan gelaran Yang Hormat Dato’ Kurnia Bistari manakala YH. Dato’ Akbar Dato’ V.V. Abu dikurniakan Yang Hormat Dato’ Kurnia Arjuna.

Beliau berkata, pengurniaan gelaran berkenaan mengikut Perkara 28 (Bahagian 1) Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang memperuntukan bahawa Raja Pemerintah ialah punca bagi segala pangkat-pangkat kebesaran dan pangkat-pangkat kemuliaan di dalan negeri. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Rakyat Pahang boleh mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan mengenai belanjawan ini di laman portal https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=254 agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat seiring dalam membangunkan negeri ini secara bersama.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download