YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Penyampaian Surat Kelulusan Lesan Pendudukan Sementara (LPS) kepada 15 orang pengusaha rumah rakit Dan Skim Tanah Rakyat (STR) Mukim Tembeling, di Jerantut hari ini.

JANGAN JUAL, URUS TANAH DENGAN BAIK – YAB MENTERI BESAR PAHANG

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

JERANTUT, 2 NOVEMBER 2021 : Semua penerima tanah kerajaan di negeri ini diminta agar menguruskannya dengan baik demi keselesaan hidup masing-masing.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian dan pertimbangan sebaik mungkin dalam setiap permohonan tanah oleh rakyat.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama penerima Surat Kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) kepada 15 orang pengusaha rumah rakit Dan Skim Tanah Rakyat (STR) Mukim Tembeling, di Jerantut hari ini.

“Hari ni saya datang ke Kuala Tahan bagi penyerahan Lesan Pendudukan Sementara (LPS) kepada 15 orang pengusaha rumah rakit dan dua orang penerima Skim Tanah Rakyat (STR).

“Saya difahamkan ada yang telah memohon sejak (tahun) 1971 dan bagi STR ini ia milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK).. (penduduk) di sini sangat kurang dapat tanah.. tetapi atas daya usaha Kerajaan Negeri kita minta PSK untuk serah balik dan kita bagi kepada peserta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Lesan Pendudukan Sementara (LPS) kepada 15 orang pengusaha rumah rakit Dan Skim Tanah Rakyat (STR) Mukim Tembeling, di perkarangan Jeti Kuala Tahan, hari ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Penyampaian Surat Kelulusan Lesan Pendudukan Sementara (LPS) kepada 15 orang pengusaha rumah rakit Dan Skim Tanah Rakyat (STR) Mukim Tembeling, di Jerantut hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin; Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan, YB Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.

Sementara itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, pelbagai bantuan juga disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan tanah yang diberikan dapat memberi pulangan hasil terbaik kepada rakyat.

“Tanah yang diberikan ini akan dibangunkan oleh sebuah koperasi yang mempunyai status kewangan yang agak kukuh supaya ianya dapat direalisasikan.

“Cuma pesanan saya kepada (mereka) yang dapat tanah, yang dapat LPS supaya jaga sebaik mungkin kerana untuk mendapatkannya bukan satu perkara yang mudah kerana ia ambil masa.

“Tanah juga merupakan sumber yang sangat terhad, sukar untuk dapat balik dengan kata lain jangan jual lah, uruskan dengan baik supqaya ia dapat memberi pulangan yang baik kepada kita,” katanya.

Dalam program berasingan, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut menyampaikan Surat Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) kepada 50 penerima di Kampung Pagi sebelum meneruskan lawatan kerja di daerah Jerantut selama dua hari. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download