YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang menyampaikan sumbangan kepada Sukarelawan MTSP Yang Bakal Melanjutkan Pelajaran Majlis Apreasiasi Sukarelawan MTSP Yang Bakal Melanjutkan Pelajaran ke IPTA/IPTS bersama YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, malam tadi.

MTSP: ‘PELURU’ UMNO DEKATI RAKYAT

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 27 OKTOBER 2021 : Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) merupakan satu ‘peluru’ UMNO dalam mendekati rakyat di negeri ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, berkata, MTSP merupakan pembawa imej parti di negeri ini.

“Kita tubuhkan MTSP, salah satu sebabnya kita nak tunjuk kepada rakyat bahawa parti yang kita yang dipilih ini berada di mana-mana sahaja.

“MTSP juga membawa imej parti. Di mana kita kena bijaksana dalam membawa imej parti, ada masa kita boleh guna baju UMNO, ada masa kita kena guna sukarelawan seperti MTSP untuk mendekati masyarakat,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apreasiasi Sukarelawan MTSP Yang Bakal Melanjutkan Pelajaran ke IPTA/IPTS bersama YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Haji Ab. Hamid Nazahar dan Timbalan Pengerusi MTSP yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

Seramai 41 sukarelawan MTSP yang bakal melanjutkan pelajaran menerima sumbangan sebuah peranti tablet, powerbank, papan kekunci, pembesar suara, pemproses kad, beg bimbit dan wang saku RM200 seorang.

Beliau berkata, semua jentera UMNO perlu terus menjaga hubungan dengan para pengundi supaya mereka tahu bahawa UMNO sentiasa bersama mereka.

“Kita kena bergerak dari sekarang, kita nak rakyat tahu kita sentiasa ada bukan ada semasa nak kempen sahaja, tapi sentiasa ada bersama mereka.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang menyampaikan sumbangan kepada Sukarelawan MTSP Yang Bakal Melanjutkan Pelajaran Majlis Apreasiasi Sukarelawan MTSP Yang Bakal Melanjutkan Pelajaran ke IPTA/IPTS bersama YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, malam tadi.

“Kita kena belai pengundi, raikan sukarelawa kita, kene terus buat engagement dengan semua. Kita tak nak terputus hubungan dengan mereka,” katanya.

Tambah beliau lagi, dengan hubungan yang erat bersama pengundi, tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, UMNO Pahang dapat menambah kerusi.

“Tapi kita semua kene bekerja kuat, bukan borak lebih. Yang penting perbuatan dan strategi bagaimana nak rakyat tahu UMNO yang sentiasa ada bersama mereka,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds