Sebanyak 150 keluarga di FELDA Bukit Damar di Temerloh yang dikuarantin akibat COVID-19 menerima bakul makanan daripada Kerajaan Pahang.

150 KELUARGA DI FELDA BUKIT DAMAR TERIMA BAKUL MAKANAN

KUANTAN, 23 OKTOBER 2021: Sebanyak 150 keluarga di FELDA Bukit Damar di Temerloh yang dikuarantin akibat COVID-19 menerima bakul makanan daripada Kerajaan Pahang.

Sumbangan bakul makanan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin semalam.

Ahli Dewan Negeri Lanchang itu dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau melakukan ‘walkabout’ ke FELDA Bukit Damar bagi menghantar bakul makanan kepada penduduk yang dikuarantin akibat COVID-19.

Katanya, beliau kemudian ke Pejabat Khidmat Pengundi DUN Lanchang bagi menyantuni pengundi sekitar yang datang.

Selain itu beliau turut bertemu dengan Jalinan Rakyat (JR) DUN Lanchang bagi menyampaikan senarai kajian sikap kepada ketua PDM.

Beliau turut mengadakan mesyuarat singkat dengan beberapa Jabatan Kerajaan bagi mmenyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan penduduk Parlimen Temerloh. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds