KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Anugerah Khas Frontliner kepada Unit Kawalan Infeksi, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang diwakili oleh Pengarah HTAA, Dr. Rahimah Ibrahim (dua kanan) pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1443 Hijrah bersamaan 2021 Masihi di Hotel Zenith, hari ini.

ANUGERAH KHAS FRONTLINER PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PETUGAS

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 19 OKTOBER 2021 : Anugerah Khas Frontliner disifatkan sebagai penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di negeri ini yang telah bertugas sepanjang pandemik COVID-19 melanda.

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr. Rahimah Ibrahim berkata penghargaan ini bukanlah kepada petugas kesihatan sahaja namun melibatkan semua jabatan.

“Pengorbanan bukan sahaja kesihatan tapi semua yang terlibat berkorban demi untuk menjaga negara kita, masyarakat kita daripada jangkitan COVID-19.

“Walaupun itu memang tanggungjawab kami, menjadi satu amanah kepada kami, tetapi apabila ianya dapat perhatian daripada Kerajaan Negeri contohnya pada hari ini jadi semangat untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat tetap berkobar-kobar,” katanya.

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr. Rahimah Ibrahim (kiri) dengan replika cek dan sijil Anugerah Khas Frontliner pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1443 Hijrah bersamaan 2021 Masihi di Hotel Zenith, hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan Anugerah Khas Frontliner kepada Unit Kawalan Infeksi, Hospital Tengku Ampuan Afzan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1443 Hijrah bersamaan 2021 Masihi di Hotel Zenith, hari ini.

Beliau yang mewakili Unit Kawalan Infeksi HTAA ini membawa pulang membawa pulang wang bernilai RM5,000, plak, dan sijil penghargaan.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Yang Di-Pertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhammad; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; dan bariasan exco Kerajaan Negeri.

Menurut beliau lagi, wang yang diterima ini akan digunakan untuk meraikan semua petugas Unit Kawalan Infeksi seramai sepuluh orang.

“Kami akan gunakan wang ini untuk meraikan semua petugas di unit ini dan selain itu akan digunakan bagi perkara bermanfaat kepada unit ini dan hospital.

“Tapi sebenarnya kita masih belum ada perancangan khusus kerana kita baru tahu yang anugerah yang diterima hari ini ada hadiah wang tunai juga,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download