Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa ketika mengadakan lawatan ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Sedia, Cameron Highlands.

PEDI PASTIKAN PENDUDUK SETEMPAT DAPAT KUASAI EKONOMI DIGITAL

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mohd Mahathir Mohd Ali

CAMERON HIGHLANDS, 10 OKTOBER 2021 : Pusat Internet Komuniti (PIK) akan ditransformasi kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDI) kepada penduduk setempat dalam masa terdekat bagi memastikan masyarakat lebih menguasai bidang tersebut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa berkata, penjenamaan semula PIK adalah bagi membolehkan penduduk setempat terutamanya di kawasan luar bandar, usahawan mikro turut mendapat manfaat daripada pusat tersebut.

“Kita sekarang nak tengok ketersambungan atau connectivity coverage daripda sudut coverage dan kualiti seperti mana yang telah digariskan dalam blueprint My Digital Malaysia.

“Dan bersama dengan itu kita akan jayakan secara komprehensif di antara kemudahan infrastructure dengan aplikasi oleh rakyat setempat.

“Kita juga nak menekankan kepada bagaimana rakyat dapat menggunakannya (PEDI) dalam menguasai digital ekonomi supaya kita boleh melatih penduduk tempatan terutamanya luar bandar mendapat manfaat yang sepenuhnya,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa ketika mengadakan lawatan ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Sedia, Cameron Highlands.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Sedia, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), YBrs Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek; dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Tuan Ramli Dato’ Mohd Noor.

Beliau berkata beberapa aspek perubahan akan dilakukan bagi penjenamaan semula PIK kepada PEDI melibatkan penambahbaikan struktur organisasi.

“Setiap PEDI akan ada lembaga, atau jawatankuasa pentadbir di mana sekarang ada cuma penyelia seorang, kita hendak ada wakil komuniti daripada badan persatuan NGO, persatuan peniaga dan sebagainya mereka akan menjadi macam jemaah pentadbir supaya supaya komuniti diperkasakan lagi dan pusat-pusat ini digunakan.

“Keduanya, MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan memberikan input-input mengenai program yang lebih tersusun terutamanya program-program untuk melatih dan menbawa penduduk setempat bagaimana mereka boleh menggunakan aplikasi e-dagang. Dan ini yang akan kita pertingkatkan,” katanya.

Menurut beliau lagi, pusat PEDI ini juga akan menjadi satu alat kepada penduduk luar bandar untuk mengubah landskap ekonomi mereka.

“Kita tak nak tempat ini (PIK), jadi satu tempat ekslusif yang penduduk setempat tak mahu datang.

“Tapi kita mahu penduduk lihat ini (PEDI) sebagai alat, sebagai jendela utama bagi mentransformasikan ekonomi mereka,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download