Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah ketika menyampaikan pinjaman Dananita dan moratorium pembiayaan perniagaan MARA kepada usahawan Jerantut di Pejabat MARA Jerantut semalam.

MARA MEMPERUNTUKAN RM1.66 JUTA KEPADA USAHAWAN TERJEJAS COVID-19

JERANTUT, 7 OKTOBER 2021 : Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pahang memperuntukkan sebanyak RM1.66 juta kepada kepada 428 usahawan Bumiputera negeri itu yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah, MARA Pahang memberikan komitmen yang tinggi dalam merancakkan semula ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pahang.

Jelasnya lagi, apabila pandemik COVID-19 berlaku pada tahun lepas, MARA telah mengambil beberapa inisiatif melalui beberapa skim yang ada untuk membantu usahawan yang terjejas.

“Melalui pakej PEMERKASA dan PEMULIH, MARA Pahang turut menyediakan insentif pengecualian sewa selama tiga bulan dan diskaun sewa 30 peratus selama tiga bulan, berjumlah RM 733,000 kepada 473 orang penyewa kedai MARA,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan pinjaman Dananita dan moratorium pembiayaan perniagaan MARA kepada usahawan Jerantut di Pejabat MARA Jerantut semalam.

MARA Pahang turut meluluskan pembiayaan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro secara one off di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan, Ekonomi (PEMULIH), sebanyak RM1.175 juta kepada 34 usahawan.

Dalam masa yang sama untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan memperkasakan wanita sedia ada serta meningkatkan pendapatan isi rumah, melalui DanaNITA, MARA Pahang meluluskan sebanyak RM 600,000 kepada 22 usahawan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan pinjaman Dananita dan moratorium pembiayaan perniagaan MARA kepada usahawan Jerantut di Pejabat MARA Jerantut semalam. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download