Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Guai bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), YBrs Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek mengadakan Majlis Dialog Isu Perkhidmatan Komunikasi Bersama Pemimpin Masyarakat DUN Guai di Kampung Batu Papan Bera.

16 MENARA BAHARU DENGAN LIPUTAN 4G DIBINA DI BERA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mohd Mahathir Mohd Ali

BERA, 04 OKTOBER 2021 : Sebanyak 16 menara baharu dengan liputan 4G dibina di daerah ini di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Guai berkata, lima daripada menara baharu tersebut telah pun siap beroperasi sejak Jun lalu manakala 11 lagi sedang dalam pelaksanaan.

Menara Kampung Padang Luas di Dewan Negeri Guai, Bera

“Pembinaan menara baharu ini adalah bagi menyediakan liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih dengan rangkaian 4G di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berpenduduk dengan anggaran masa pembinaan adalah 14 bulan bermula Oktober ini sehingga November 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Dialog Isu Perkhidmatan Komunikasi Bersama Pemimpin Masyarakat Dewan Negeri (DN) Guai di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Papan di sini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), YBrs Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek; Pengurus Besar TM Negeri Pahang, YH. Dato’ Zulfikri Hashim dan Pegawai Daerah Bera, YH. Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif @ Ahmad.

Menurut beliau, lima menara selular baharu ialah di Kampung Dato Sri Hamzah, Felda Mengkuang, Felda Bukit Mendi, Felda Bukit Puchong, dan Kampung Orang Asli Sungai Tuang.

Bakinya yang sedang dalam pembinaan pula adalah di Kem Regimen 34 Artileri Bera, Felda Sebertak, Felda Bera Selatan 2, Bukit Hulu Kekura, Ladang Perlanting Jerneh, Bandar Kerayong, Felda Triang Selatan 1, Kampung Mengkarak, Kampung Kiambang, Kampung Bukit Rok, dan Jalan Felda Bukit Mendi-Kemayan.

Tambah beliau lagi, sebanyak 57 stesyen pemancar (BTS) di daerah ini akan dinaiktaraf daripada liputan 2G dan 3G kepada 4G iaitu tumpuan kepada kawasan penempatan luar bandar dan pedalaman dan kampung tradisional. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download