YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mengadakan Lawatan Tapak Perumahan Projek Generasi Belia Felda di Felda Sungai Koyan 2 dan taklimat Projek Kolej Komuniti Jelai di tapak seluas 4.05 hektar di Tanjung Gahai, Lipis hari ini.

PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA SUNGAI KOYAN DIBAIKI, KOLEJ KOMUNITI JELAI BAKAL DIBINA

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim

RAUB, 2 OKTOBER 2021 : Perumahan Generasi Kedua Felda Sungai Koyan yang terbengkalai lebih empat tahun lalu akan kembali dibaikpulih dan siap dalam tempoh satu tahun.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara berkenaan telah mendapat perhatian daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz yang hadir melakukan lawatan kerja ke tapak projek pada pagi ini.

“Hari ini dengan lawatan YB Menteri Kewangan saya nampak banyak perkara yang kita boleh selesaikan.. (rumah) yang telah terbengkalai begitu lama.
Hari ini kita telah mendengar taklimat daripada Felda (mengenai) rumah terbengkalai yang akan ditender pada bulan ini dan dalam masa yang sama (taklimat berkenaan) Kolej Komuniti Jelai yang mana tadi YB Menteri telah mendengar sendiri taklimat betapa perlunya Kolej Komuniti diadakan di Jelai.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mengadakan Lawatan Tapak Perumahan Projek Generasi Belia Felda di Felda Sungai Koyan 2 dan taklimat Projek Kolej Komuniti Jelai di tapak seluas 4.05 hektar di Tanjung Gahai, Lipis hari ini.

“Ini kerana kita ada 15 buah sekolah dan (kolej berkenaan) untuk dijadikan feeder untuk anak-anak kita belajar nanti dan kita kerajaan negeri tak ada masalah (dan) telahpun memberi kelulusan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi taklimat dan Lawatan Tapak Perumahan Projek Generasi Belia Felda di Felda Sungai Koyan 2 dan taklimat Projek Kolej Komuniti Jelai di tapak seluas 4.05 hektar di Tanjung Gahai.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan I, YB Encik Mohd Shahar Abdullah; Timbalan Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad.

Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan, dan Hal Ehwal Pengguna, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak serta pemimpin setempat.

Sementara itu dalam masa sama Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Kewangan yang telah memasukkan (projek) ke dalam Rancangan Malaysia Ke -12.

“(Projek ini) tidak disenaraikan sebelum ini tapi dengan lawatan kerja dan turun padang, benda yang tak ada boleh diadakan demi untuk rakyat di Pahang dan di negara kita,” katanya.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mengadakan Lawatan Tapak Perumahan Projek Generasi Belia Felda di Felda Sungai Koyan 2 dan taklimat Projek Kolej Komuniti Jelai di tapak seluas 4.05 hektar di Tanjung Gahai, Lipis hari ini.

Beliau turut berharap agar projek yang telah dibentangkan ini dapat direalisasikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

“Harapan saya agar ianya menjadi kenyataan jadi kita tak nak lah rakyat dah tahu, bila sampai masa esok orang tanya mana sekurang-kurangnya kita ada ground breaking..InsyaAllah,” katanya.

Sebanyak 240 buah unit rumah di tapak Perumahan Generasi Belia Felda di Felda Sungai Koyan 2 bakal siap dibaikpulih dalam tempoh setahun manakala Kolej Komuniti Jelai dianggarkan siap dalam tempoh dua tahun. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download