Oleh : Fansurina Abdullah
TEMERLOH, 30 SEPTEMBER 2021 : Sebanyak 100 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Rumah Pangsa Jalan Karak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, kesemua penduduk di kawasan berkenaan telah dikenakan PKPD bermula 26 September baru ini.
“Kesemua penduduk di kawasan rumah pangsa Jalan Karak telah menerima bantuan bakul makanan daripada Kerajaan Negeri sebagai tanda cakna dan peduli terhadap penduduk di kawasan terbabit.
“PKPD di kawasan terbabit dijangka akan berakhir pada 9 Oktober depan dan penduduk diminta supaya bersabar dan patuh kepada setiap arahan daripada pihak berkuasa dan kerajaan serta patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya, baru-baru ini.
Program ‘walkabout’ itu turut dihadiri Penghulu Mentakab 1, Encik Mohamad Sharif Kassim, pemimpin setempat, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Temerloh.
“Saya juga sempat menyapa pasukan ‘frontliner’ yang datang untuk menjalankan kaji selidik rumah ke rumah bagi tujuan ujian calitan (swab test) kepada warga rumah pangsa ini,” katanya.
Beliau semua urusan dan usaha bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-1 ini dapat dibendung sekali gus dapat menghentikan jangkitan di kalangan penduduk setempat. – PAHANGMEDIA