Menara telekomunikasi bahau di Kampung Alor Ara, Pekan.

CAPAIAN INTERNET DI PEKAN TERUS BERTAMBAH BAIK

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 23 SEPTEMBER 2021: Penduduk Kampung Alor Ara dan Kampung Langgar serta 23 kampung lain di Daerah Pekan kini mula mendapat perkhidmatan internet yang lebih baik setelah kerja-kerja pembinaan dua buah menara baharu dan menaik taraf 23 stesen pemancar telah siap dilaksanakan sejak 31 Ogos 2021 lalu.

Antara kampung dan kawasan yang terlibat adalah Kampung Landai, Kampung Paya Tasik Mentiga, Bandar 2 Paloh Hinai, Nenasi, Kampung Dusun, Kampung Cawai, Ladang Bebar, Kampung Batu 16, Kampung Pandan, Kampung Badong Dalam, Kampung Pengkalan Kulim, Permatang Becair, Simpang Chini, Peramu Jaya 3, Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana Peramu, Taman Intan Peramu, FELDA Chini 1 hingga 4, Kampung Permata dan Kampung Ketapang.

Menara telekomunikasi baharu di Kampung Langgar, Pekan

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang,YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, beliau telah diberi taklimat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan pencapaian terkini semua projek-projek yang sedang dilaksanakan Kerajaan Pahang bersama SKMM dalam meningkatkan pencapaian internet serta telekomunikasi di seluruh Negeri Pahang termasuk di Pekan.

Katanya, ecara keseluruhannya, di bawah pelaksanaan projek infrastruktur komunikasi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Pekan, sebanyak 22 menara baharu akan dibina dan 126 stesen pemancar akan dinaiktaraf ke rangkaian 4G telah dirancang.

Jelasnya, bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 2,099 premis akan disediakan dengan capaian rangkaian gentian optik.

Manakala di seluruh Negeri Pahang, sebanyak 270 menara baharu akan dibina dan 893 buah kawasan terlibat dalam usaha menaiktaraf stesen pemancar 3G kepada rangkaian 4G dan semua projek ini sedang dilaksanakan berperingkat serta dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022.

Beliau dalam masa yang sama berterima kasih kepada SKMM dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha dilakukan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail selaku Ketua Kerajaan Pahang yang sentiasa komited meningkatkan pencapaian internet dan telekomunikasi di seluruh negeri ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download