Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), YB. Dato' Seri Idris Jusoh bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Orang Ramai Felda Mayam, hari ini.

FELDA TUMPU VAKSINASI DI KAWASAN PEDALAMAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

BERA, 5 SEPTEMBER 2021: Felda melalui yayasannya akan terus melaksanakan program vaksinasi dengan tumpuan diberikan di kawasan-kawasan pedalaman.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), YB. Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, masih ramai mereka yang tinggal di pedalaman tiada peluang untuk divaksin dan ini memerlukan pergerakan ke kawasan berkenaan.

“Mungkin di kawasan Felda sebegini (Mayam) beruntung sebab ada dewan dan kita bawa bas ke sini, tapi ada kawasan yang memang betul-betul di pedalaman.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), YB. Dato’ Seri Idris Jusoh bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Orang Ramai Felda Mayam, hari ini.

“Kalau nak harap suntik vaksin di dewan sahaja kita mungkin tak capai (herd immunity) sepenuhnya. Jadi kita turun padang pergi ke kawasan Felda yang terletak di pedalaman, kita telah pergi ke Terengganu di Kerteh, Neram, Jerangau dan hari ni kita di Felda Mayam dan esok ke Kampung Orang Asli Bohor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Orang Ramai Felda Mayam, hari ini.

Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman.

Sementara itu, beliau berkata sasaran diletakkan ialah 1,000 orang divaksin setiap hari dan jumlah berkenaan berjaya dicapai di Terengganu dan kini sasaran sama diletakkan di Pahang.

“Tujuannya pastikan kita dapat mengatasi wabak COVID-19 dengan baik terutama di kalangan warga Felda yang tinggal di kawasan pedalaman.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), YB. Dato’ Seri Idris Jusoh

“Kesedaran kepentingan vaksin di kalangan warga Felda juga sudah meningkat.. Kalau ada yang menolak pun bilangannya kecil sahaja,” katanya.

Menurutnya lagi, terdapat 317 buah rancangan Felda di negara ini dan usaha memberi kesedaran berkenaan kepentingan vaksin giat dilakukan oleh warga Felda sendiri.

“Kita ada Pengurus Rancangan, ketua peneroka, GPW, Ketua Wanita, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF).

” Mereka ini jugalah yang bergerak membantu secara berdepan dan lisan bagi memastikan kesemua peneroka mendapat perlindungan menerusi pemberian vaksinasi Covid-19 sekali gus membantu aspirasi mewujudkan imuniti kelompok,” katanya.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), YB. Dato’ Seri Idris Jusoh bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Orang Ramai Felda Mayam, hari ini.

Sedikit info, sehingga 31 Ogos 2021 seramai 101,866 atau hampir 91% peneroka FELDA telah mendaftar untuk menerima vaksin.

Daripada jumlah tersebut seramai 67,837 atau 60.23% peneroka telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Sebanyak 66 pusat pemberian vaksin ditubuhkan di dalam kawasan rancangan FELDA manakala 92 lagi di sekitar kawasan rancangan yang turut memberi vaksinasi kepada peneroka FELDA. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download