Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang secara pandu lalu.

PENIAGA TIDAK BERDAFTAR TURUT TERIMA BPP

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 5 SEPTEMBER 2021 : Bantuan Prihatin Pahang (BPP) terus ‘memburu’ setiap lapisan masyarakat yang memerlukan sekaligus memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, BPP kali ni menemui peniaga-peniaga tidak berdaftar di Daerah Maran.

“Saya menyampaikan BPP dan salam daripada YAB Menteri Besar Pahang kepada mereka.

“Besar harapan untuk melihat golongan ini terus berjuang mencari rezeki walau terpaksa menghadapi cabaran hidup di dalam pandemik kini,” katanya.

Pada majlis penyerahan pandu lalu itu beliau turut diiringi Ahli Dewan Undangan (ADN) Luit, YB Encik Mohd Sufian Abd Jalil.

Sementara itu, beliau turut ke Chenor untuk menyampaikan bantuan sama bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor, YB Encik Mujibur Rahman Ishak.

Penyerahan turut dilakukan secara pandu lalu bagi memastikan SOP dijaga dengan baik dan melancarkan usaha yang dilakukan.

“Saya berharap agar bantuan yang diserahkan dapat meringankan beban semua yang terlibat malah menjadi galakan untuk golongan peniaga ini meneruskan usaha masing-masing.

“Jangan berputus asa walau banyak kesulitan yang kita terpaksa lalui akibat wabak ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download