Ahli Parlimen Paya Besar, YB. Tuan Mohd Shahar Abdullah bersama wakil SKMM Pahang turun ke lapangan meninjau beberapa kawasan sekitar Felda Gugusan Lepar Utara dalam usaha menambahbaik liputan perkhidmatan jalurlebar baru-baru ini.

LEBIH 17 KAWASAN LUAR BANDAR DI PARLIMEN PAYA BESAR KINI MENIKMATI INTERNET 4G

Oleh Mahathir Ali

KUANTAN, 4 SEPTEMBER 2021: Lebih 17 kawasan penempatan luar bandar dan persekitarannya di Parlimen Paya Besar kini telah dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar rangkaian 4G yang lebih baik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, ini setelah siapnya pembinaan sebuah menara baharu dan 19 stesen pemancar yang selesai dinaiktaraf.

Antara kampung yang terlibat adalah Felda Bukit Sagu 1, Bukit Gambang Resort City, Felda Lepar Hilir 1, Felda Lepar Hilir 2, Felda Lepar Hilir 3, Felda Panching Timur, Felda Bukit Sagu 4, Kolej Matrikulasi Pahang, Sungai Semuji, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Sri Jaya Interchange, kawasan Rehat & Rawat Gambang, Kampung Gelugor, Kampung Kolek, Kampung Batu 37, Kampung Paya Bungor Kiri dan Kampung Semuji.

Ahli Parlimen Paya Besar, YB. Tuan Mohd Shahar Abdullah merangkap Timbalan Menteri Kewangan I telah turun ke lapangan membuat tinjauan di beberapa kawasan sekitar Felda Gugusan Lepar Utara, Mukim Hulu Lepar, Kuantan yang terletak dalam kawasan Dewan Negeri (DN) Lepar dalam usaha menambahbaik liputan perkhidmatan jalur lebar.

Baru-baru ini delegasi SKMM Pahang bersama Ahli Parlimen Paya Besar, YB. Tuan Mohd Shahar Abdullah merangkap Timbalan Menteri Kewangan I telah turun ke lapangan membuat tinjauan di beberapa kawasan sekitar Felda Gugusan Lepar Utara, Mukim Hulu Lepar, Kuantan yang terletak dalam kawasan Dewan Negeri (DN) Lepar dalam usaha menambahbaik liputan perkhidmatan jalurlebar.

Dewan Negeri (DN) Lepar merupakan salah satu daripada tiga DN dibawah Parlimen Paya Besar selain daripada DN Panching dan DN Sungai Lembing, dan dianggarkan mempunyai penduduk melebihi 10 ribu orang penduduk dengan tumpuan kawasan berpenduduk di Felda Lepar Utara 1, Felda Lepar Utara 4 dan Felda Lepar Utara 5.

Sepanjang tinjauan tersebut yang turut disertai oleh pemimpin masyarakat, pihak SKMM Pahang diketuai Pengarah, Tuan Haji Mohd Faisal Md Nor turut menjalankan ujian kelajuan internet jalur lebar tanpa wayar bagi setiap syarikat pemberi perkhidmatan. Hasil daripada ujian tersebut, terdapat beberapa kawasan yang dikenalpasti akan ditambahbaik di bawah inisiatif JENDELA.

Untuk rekod, di bawah pelan JENDELA, sebanyak tiga menara akan dibina dan 5 stesen pemancar akan dinaiktaraf di dalam kawasan Felda Gugusan Lepar. Manakala secara keseluruhan untuk pelaksanaan JENDELA di Parlimen Paya Besar, sebanyak 23 menara baharu akan dibina dan 67 stesen pemancar sediada yang akan dinaiktaraf ke rangkaian 4G. Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 4,545 premis akan disediakan capaian rangkaian gentian optik.

Semua kerja-kerja pelaksanaan kini sedang giat dilakukan. Penduduk di Parlimen Paya Besar akan dapat menikmati perkhidmatan internet jalur lebar lebih baik apabila projek-projek ini siap sepenuhnya secara berperingkat bermula penghujung tahun 2021 sehingga penghujung tahun 2022.

Projek-projek ini adalah sebahagian daripada projek sasaran yang ditetapkan dibawah JENDELA negeri Pahang iaitu sebanyak 270 menara baharu akan dibina, 893 stesen pemancar akan di naiktaraf dan 118,260 premis akan dilengkapkan rangkaian gentian optik. Semua inisiatif ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022.

Pelasanaan JENDELA di Pahang telah mendapat sokongan padu Kerajaan Pahang apabila YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji wan Rosdy bin Wan ismail telah merangka beberapa dasar baharu antaranya seperti memperakui komunikasi sebagai utiliti ketiga serta pemakaian Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) sebagai rujukan dalam setiap pembangunan infrastruktur komunikasi di kawasan-kawasan baharu negeri ini.

Kerajaan Pahang bersama SKMM sedang berusaha sebaik mungkin meningkatkan liputan internet jalur lebar di seluruh negeri ini. Usaha tersebut setakat ini telah mencapai kejayaan 90.25% dibandingkan sebelum ini dimana pada tahun 2018 berada pada kadar 65.05%.

Sasaran Kerajaan Pahang apabila siap sepenuhnya Pelan JENDELA Fasa 1, liputan internet 4G di seluruh negeri akan mencapai kadar 96.09% seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download