YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sumbangan bantuan berjumlah RM72,500 sumbangan Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang kepada Ketua Polis Pahang, YDH CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti anggota terbabit.

13 KELUARGA ANGGOTA KESELAMATAN TERIMA SUMBANGAN RM72,500

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim
 
KUANTAN, 1 SEPTEMBER 2021 : Sebanyak 13 keluarga waris kepada anggota keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meninggal dunia ketika dalam tugas menerima sumbangan bantuan berjumlah RM72,500 sumbangan Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail kepada Ketua Polis Pahang, YDH CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti anggota terbabit.
 
Penyampaian tersebut disempurnakan pada Majlis Penyampaian Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang 2021, Wakil Pelajar Program KYP-Yarmouk dan Bantuan Kepada Anggota Keselamatan (PDRM) di Wisma Sri Pahang, Kuantan, pagi tadi.
 
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato’ Mahmud Mohd Nawawi.
 
Bantuan diberikan kepada waris dan anak-anak anggota keselamatan yang telah meninggal ketika dalam tugas termasuklah pemberian Biasiswa Sekolah Rendah, Biasiswa Sekolah Menengah dan Biasiswa IPT.
 
Manakala derma khairat kematian berjumlah RM5,000 turut diberikan kepada keluarga waris terlibat.
 
Pada majlis itu turut disampaikan sumbangan kepada empat pelajar penerima Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) dan wakil 16 pelajar bagi Program KYP-Yarmouk. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download